Home > General > Lautan manusia banjiri stadium pertahan kerajaan Islam

Lautan manusia banjiri stadium pertahan kerajaan Islam

KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh) – Hanya beberapa jam lagi menjelang detik hari pembuangan undi pilihan raya umum ke-12. Suasana kelam kabut mulai kelihatan apabila ada pihak tanpa segan silu mengaku dibawa untuk mengundi di Kelantan.

Mengikut maklumat 30,000 pengundi luar bakal membanjir tempat-tempat panas di sini, dalam misi Umno menawan Kelantan.

Biar apa pun ikhtiar manusia, penentu segalanya di tangan empunya kuasa di langit dan bumi.

Awal pagi tadi bermula jam 4 lautan manusia membanjiri Stadium Sultan Mohammad Ke IV menadah tangan berdoa ke hadrat Allah. Mereka mengadu kepada Allah di atas keangkuhan manusia.

Titisan air mata jernih mengalir membasah pipi di dini hari. Puluhan ribu rakyat Kelantan mengadu musuh semakin bongkak mahu menggayang Islam bagi merobek kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Kolam air mata yang tidak mampu menakung aliran air jernih, tiba-tiba mengalir di heni pagi ketika manusia di tempat lain sedang diulik mimpi.

Cukup syahdu doa dibaca calon PAS Dun Demit, Ustaz Mohamad Mustapa. Ia menjejak terus ke lubuk hati. Suaranya yang tersekat-sekat ketika menghantar mesej ke langit turut menghibakan lautan manusia di stadium.

Mereka mengadu ke hadrat Allah kerana manusia yang menolak Islam semakin sombong, sanggup melakukan apa sahaja bagi menguburkan Islam yang sudah subur di Kelantan sejak 18 tahun lalu.

Deretan bas yang membawa pengundi bukan anak tempatan dilihat sedang menuju ke Kelantan malam tadi dan hari ini. Biar apa pun ikhtiar sudah dibuat, doa telah dipanjat, sekarang tiba masanya menanti janji Allah bagi melaknatkan manusia yang engkar terhadap suruhanNya.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Allah berkuasa di atas segala hambaNya, biar pun manusia cuba merancang menggunakan akal.

“Firaun yang terkenal dengan kuasa dan kekayaan pun dibenam ke dalam lautan kerana cuba menghalang kebangkitan Islam,” katanya sebagai motivasi akhir menjelang detik pembuangan undi, bermula jam 8 pagi esok.

Munajat rakyat Kelantan tersebut dimulakan dengan solat Tahajut yang dipimpin anggota Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hussin Ibrahim Masri bermula jam 4 pagi.

Kemudian diikuti dikir dan bermunajat membesarkan keagongan Tuhan yang mengatasi segala perancangan manusia.

Sebelum azan Subuh dikumandangkan solat hajat diadakan sebagai acara kemuncak. Solat Subuh diimamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kawasan sekitar stadium mulai sesak jam 3 pagi. Kenderaaan dari segenap arah sedang menuju ke arah stadium. Malah ramai yang terpaksa meletakkan kenderaan di tempat agak jauh, berjalan dalam kedinginan pagi.

Van dan bas yang disewa khas bersesak di kawasan stadium. Kenderaan yang datang dari pelbagai tempat melekatkan bendera dan gambar-gambar calon PAS yang bertanding.

Tidak kurang kumpulan pemuda membawa bendera bulan purnama ketika orang ramai sedang berduyung-duyung ke stadium.

Biar pun hujan turun agak lebat pada awal malam, namun ia tidak menghalang orang ramai datang.

Sebelum ini munajat serupa diadakan di Dataran Stadium yang dihadiri ribuan manusia. Program sama juga diadakan di Pasir Puteh dan Kuala Krai.

[via-HarakahDaily]

Advertisements
Categories: General Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: