Archive

Archive for June, 2008

Harakah kini 2 kali seminggu.

25 June 2008 2 comments

Isnin, 23hb Jun, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman menerima sekeping surat dari KDN yang bernaung di bawah Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar mengenai permit untuk menerbitkan Harakah sebanyak 2 kali seminggu. Beliau menyifatkan itu ialah petanda positif demokrasi kebebasan media yang sering dilaung-laungkan selama ini.

Demo Selamatkan Harakah!

Pengarah Urusan Harakah, Dato’ Kamarudin Jaffar menyambut baik perkara ini sambil mengucapkan terima kasih kepada KDN terutamanya kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar dengan mengutuskan surat terima kasih kepadanya semalam.

Ahmad Lutfi kini dilihat sedang bekerja keras untuk merombak dan mengemaskini semula pentadbiran dan proses penerbitan dikalangan kakitangannya untuk memastikan mereka dapat beroperasi seperti biasa. Jelas beliau, “Jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu,”

Jika sebelum ini Harakah hanya dibenar untuk menerbitkan 2 naskah sebulan, kini rakyat mampu mendapatkannya 2 kali dalam seminggu.

Categories: Berita Tags: