Home > Bolasepak, Gambar, Kelantan > Akhiri Badi 89 tahun di Final Piala Malaysia

Akhiri Badi 89 tahun di Final Piala Malaysia

Akhirnya, setelah 89 tahun, dalam 4 kali percubaan, tahun 2010 adalah tahun pemecah badi kekalahan 3 kali sebelum ini di kejohanan paling berprestij di Malaysia iaitu Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang dulu dikenali sebagai Piala Malaya.

Tahun 2009, kita cuba memecahkan badi tersebut, namun ternyata tuah belum berada disebelah kita. Tahun 2010, dengan lawan yang sama pada tahun lepas iaitu Negeri 9, akhirnya kita berjaya!

Tahniah dan terima kasih kepada Arkitek Bolasepak Kelantan, Tan Sri Anuar Musa, Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, Pasukan Bolasepak Kelantan The Red Warrior yang diketuai oleh Indra Putra Mahyudin serta orang kuat bolasepak negeri kelantan iaitu Penyokong Setia yang sanggup berkorban tenaga, masa, harta dan NYAWA.

Sedia Maklum, era kegemilangan bola sepak Malaysia telah dicetuskan di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. Jika sebelum itu, kehadiran penyokong ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak agak suram, namun aura yang dicetuskan oleh beliau bersama pasukan Selangor membuatkan stadium penuh sesak. Dianggarkan jumlah penonton pada perlawanan penting mampu mencapai sehingga 20 ribu hingga 30 ribu orang. Dapatkah anda semua bayangkan? Selepas ketiadaan beliau, kegemilangan bola sepak tanah air mulai menurun dan terus jatuh.

Sehinggalah satu keajaiban berlaku diawal tahun 2009. Fenomena yang bermula dari negeri di sebelah Pantai Timur negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh rakyat di negara ini. Kegilaan terhadap bola sepak kembali menguasai sebahagian besar rakyat di negeri tersebut. Tidak lain dan tidak bukan ialah negeri Cik Siti Wan Kembang atau di kenali kini sebagai Negeri KELANTAN!

Perlantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Presiden KAFA, mencetuskan idea-idea baru dan beliau turut mengetengahkan pandangan-pandangan peribadi  dalam pengurusan yang serba baru. Ternyata ianya membuahkan hasil yang amat membanggakan. Kemasukan beberapa muka baru dalam pasukan ternyata berbaloi. Anak-anak tempatan kembali menyarung jersi kebanggaan.

Jika sebelum ini, tercatat dalam sejarah dengan kehadiran penyokong datang ke stadium sehingga mencecah 20 hingga 30 ribu orang dalam perlawan penting, MAKA perlu diperbetulkan atau diperbaharui fakta sejarah tersebut dengan apa yang disifatkan sebagai Satu STANDARD baru dalam sukan bola sepak tanah air ini. Sepanjang musim, kehadiran penyokong pada setiap perlawanan dianggarkan seramai 15-20 ribu orang dan pada perlawanan-perlawanan penting, stadium yang berkapasiti 25 ribu orang itu dipenuhi di segenap ruang yang ada. Tiket tambahan terpaksa dikeluarkan. Tidak cukup dengan itu, Satu Skrin besar hasil inisiatif dari KAFA dipasang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk memberi peluang kepada penonton yang tidak sempat membeli tiket perlawanan yang begitu terhad itu.

Inilah bola sepak Kelantan. Jika Eropah berbangga dengan MU, CHELSEA, REAL MADRID,  maka Malaysia patut berbangga dengan THE RED WARRIOR!. Fenomena luar biasa yang mencetuskan kegilaan luar biasa terhadap ratusan ribu rakyat Kelantan. Malaysia di kejutkan dengan peningkatan mendadak pasukan ini yang baru sahaja dibentuk. Tidak sampai 3 tahun, Piala Malaysia menjejak bumi Kelantan Bertuah.

Inilah kami, semangat anak jati KELANTAN. bersambung..

untuk lihat koleksi gambar suasana di FINAL PIALA MALAYSIA 2010, sila klik di Tajuk atau Read More…

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: