Archive

Archive for the ‘Video’ Category

Sambutan Hari Jadi Apek di KB Mall

9 January 2011 Leave a comment

Sempena Majlis di KB Mall pada 7 Januari 2011 lepas, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan juga bahawa hari tersebut juga adalah hari jadi Apek. TSAM menjemput Apek ke hadapan pentas dan menyanyikan lagu Happy Birthday untuknya. Para Peminat dan semua yang ada turut sama menyanyikannya. Lilhat video dibawahlah senang cerita. Selamat Hari Jadi Apek!

Advertisements

Hitler Bengang dengan kekalahan Timnas Indonesia di AFF Suzuki Cup 2010

31 December 2010 1 comment

Hitler bengang dengan kekalah Timnas Indonesia di tangan pasukan Malaysia di stadium keramat mereka Gelora Bung Karno. Walaupun mereka telah dibekalkan sejumlah laser dan bomoh untuk menyerang pasukan Malaysia dan penjaga gol, Khairul Fahmi, namun tindakan mereka masih gagal tambahan perlawanan diadakan di stadium keramat mereka sendiri. Ikuti kisah sedih mereka di video dibawah. Sungguh pilu. Julia Perez pun sedih.

Ketangkasan Khairul Fahmi di gawang, keampuhan Mohd Muslim dan Mohd Fadhli di pertahanan tengah, rempuhan Mahali Jasuli, kematangan Mohd Asraruddin Putra Omar, ketenangan Amar Rohidan, kebijaksanaan Mohd Safiq Rahim, larian pantas S Kunalan dan Mohd Amirulhadi, kelicikan Norshahrul Idlan Talaha, kerajinan Mohd Safee serta barisan pemain simpanan yang bersedia untuk diturunkan adalah kunci kejayaan pada kejohanan ini.

Read more…