Archive

Posts Tagged ‘piala malaysia 2010’

Perarakan Piala Malaysia 2010

2 November 2010 1 comment

Majlis sempena perarakan Piala Malaysia ini diadakan di Dewan KTC, Kota Bharu pada 1 November 2010 (Isnin). Perarakan sebenarnya bermula sejak dari Merapoh lagi, dan sempat berhenti di Galas pada tengahari kemudian diteruskan ke Kota Bharu pada sebelah petang. Ketibaan Piala Malaysia dan rombongan pemain serta penyokong yang terlibat disambut dengan suasana yang sangat-sangat meriah. Ribuan penyokong berebut untuk melihat dengan lebih dekat Piala Malaysia yang begitu diidamkan oleh seluruh rakyat Kelantan selama 89 tahun dahulu.

Hari ini, sejarah telah tertulis. 1 November, buat pertama kalinya, Piala Malaysia, Piala yang paling berprestij di Malaysia telah menjejakkan diri ke bumi bertuah ini. Hujan rintik-rintik seolah-olah merahmati hari yang bersejarah ini.

baca keseluruhan post untuk ratusan koleksi gambar penuh sejarah pada hari tersebut.

Read more…

Akhiri Badi 89 tahun di Final Piala Malaysia

1 November 2010 Leave a comment

Akhirnya, setelah 89 tahun, dalam 4 kali percubaan, tahun 2010 adalah tahun pemecah badi kekalahan 3 kali sebelum ini di kejohanan paling berprestij di Malaysia iaitu Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang dulu dikenali sebagai Piala Malaya.

Tahun 2009, kita cuba memecahkan badi tersebut, namun ternyata tuah belum berada disebelah kita. Tahun 2010, dengan lawan yang sama pada tahun lepas iaitu Negeri 9, akhirnya kita berjaya!

Read more…